Kepentingan Makanan Berkhasiat
1. Proses
pembesaran
Makan makanan yang seimbang
amat penting bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang dalam proses pembesaran.
Hal ini kerana, makanan seimbang membekalkan zat - zat yang mencukupi yang
diperlukan oleh tubuh badan ketika sedang membesar seperti karbohidrat, protein,
mineral dan vitamin.
2. Membekalkan
tenaga kepada badan
Makanan seimbang dapat
membekalkan tenaga yang mencukupi kepada badan untuk menjalani aktiviti
seharian. Selain itu, zat - zat seperti karbohidrat, protein dan lemak yang
terkandung di dalam makanan yang sihat penting untuk membekalkan tenaga kepada
sel - sel tisu badan dalam proses pemulihan dan pembaharuan sel.
3. Membantu
dalam meningkatkan imun sistem badan
Zat - zat di dalam makanan
seimbang memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh
badan kita. Sebagai contoh,vitamin A, C dan E bertindak sebagai antioksidan
membantu dalam melindungi sel badan daripada toksin berbahaya. Manakala,
vitamin B membantu dalam pembaharuan sel dengan menukarkan makanan kepada
tenaga.
4. Mengelak
daripada penyakit kronik
Pengamalan makan makanan yang
tidak seimbang boleh meningkatkan risiko dan potensi seseorang itu untuk
mendapat pelbagai penyakit kronik seperti diebetes, penyakit jantung dan
sebagainya. Sebagai contoh, makanan segera seperti kentang goreng, nuget dan
sebagainya mempunyai kandungan sodium yang tinggi dimana ianya boleh membawa
kepada risiko sakit jantung.
5. Kestabilan
emosi
Gaya pemakanan juga
boleh mempengaruhi kestabilan emosi seseorang. Hal ini kerana terdapat
sesetengah makanan yang berkhasiat seperti daging, brokoli dan makanan laut
mengandungi zat - zat seperti zat besi dan asid folic yang dapat membantu dalam
mengawal emosi malahan, jika kekurangan zat ini boleh menyebabkan mudah
tertekan dan mengakibatkan berisiko untuk kemurungan.
No comments:
Post a Comment