Piramid makanan
Dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang, piramid makanan merupakan satu panduan yang membantu mengkelaskan jenis makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita dinasihatkan mengikuti piramid makanan bagi memastikan badan mendapat nutrisi yang cukup. Piramid makanan mempunyai gabungan 5 jenis kumpulan makanan yang diletakkan pada 4 aras yang berbeza.

- Karbohidrat
Jenis makanan karbohidrat adalah paling penting dan perlu diambil dalam jumlah banyak. Ia membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi. Contoh makanan seperti nasi, gandum, ubi-ubian dan sebagainya.
- Vitamin
Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi vitamin A, C, D, E, K yang membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti) serta dapat mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, buah pinggang dan kanser. Sebagai contoh, sayuran berdaun hijau seperti ulam dan buahan iaitu epal, tembikai, oren dan lain-lain.
- Protein
Protein yang terkandung dalam makanan berfungsi merangsang pertumbuhan dan penggantian tisu dan membina otot badan. Antara contoh makanan yang mengandungi protein ialah ayam, daging, ikan dan sebagainya.
- Lemak
Lemak penting kepada manusia kerana ia membekalkan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian. Namun, makanan berlemak perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Contoh makanan yang berlemak ialah minyak masak, coklat, mentega dan seumpamanya.
- Zat mineral
Zat mineral dalam makanan berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan oleh tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Sebagai contoh zat mineral ialah sodium, zat besi, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment