Pengenalan
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat
seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana cara pemakanan yang tidak sempurna
dan kurang mengambil makanan berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.
Apa itu makanan
berkhasiat?
https://www.istockphoto.com/my/photo/baby-boy-eating-healthy-food-for-breakfast-gm154956376-16239792
Makanan
berkhasiat dapat didefinisikan makanan yang mengandungi nutrisi yang terdiri
daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral pada kadar yang
betul.
Makanan
berkhasiat juga dikenali makanan yang paling semula jadi dan bukan makanan yang
telah diproses sama ada makanan kaya pengawet, banyak gula, dan tinggi lemak
jahat atau kolesterol yang terdapat dalam sesetengah lemak tepu atau lemak
trans.
No comments:
Post a Comment